Nie entry tentang 6 blog yang adiela nak recommend best la bagi adiela.. actually entry kali nie sempena Blog Day yang dianjurkan oleh nuffnang.. ^^
Pada hari blog day nie, blogger hendaklah recommend 6 blog baru.. dengan berbuat camnie, kita semua boleh share blog blog baru yang best.. kan? Kan? Hehe
Untuk nuffnagers pulak, korang boleh berkemungkinan dapat reward tau kalau join.. wiiieee~ syok nya.. nak tau camne? Boleh klik SINI..
Okey.. adiela nak share ngan korang 6 blog yang adiela selalu masuk and buat huru hara kat situ.. kehkeh.. takde la.. nie adalah 6 blog yang tengah berlumba lumba naik yang adiela suka baca.. jom cekidaout~
Owner blog nie suka berangan diri dia superhero.. kehkeh.. oleh sebab itu aku suka panggil dia superfarid.. aku suka blog dia sebab entry yang dia tulis best best.. dia memang akan update entry dia setiap hari.. jadi korang kalau setiap hari masuk blog dia pon sure tak bosan sebab entry dia selalu fresh keluar dari oven.. haha.. blog dia personal blog la kot.. tapi hot gua cakap sama lu.. satu entry dia boleh cekup 60-90++ komen satu hari.. entry dia selalu cerita tentang family dia, kalau dia tak cerita tentang adik dia, dia cerita tentang mak dia pulak.. kehkeh.. satu family artis la sekarang.. hekhek.. tapi entry dia best sebab dia selit isu yang dia nak sampaikan..
2) Kata Kila
Blog nie pulak aku memang cukup suka lah.. sebab entry dia sempoi je.. and mesej yang dia nak sampaikan selalunya memang akan mencengkam jiwa aku sebab 80% dari entry dia, aku pon penah rasa gak.. haha.. pernah kot sepanjang petang aku dok baca entry dia je.. entry yang lama lama pon habes aku korek.. pergh~
3) Jamban Comel
Blog nie takdelah baru sangat kot.. tapi aku suka baca entry dia sebab dia kalau tulis entry, memang padat dengan isi.. kadang kadang dia suka letak gambar berturutan je dalam entry dia.. tapi mesej tetap sampai.. and yang paling best, entry dia mesti banyak letak pendapat tentang isu tu dari segi pendangan dia.. so,dengan dia buat camnie, aku pon kadang kadang selalu rasa lebeh luas mata menilai.. waiseh.. ayat takleh blah.. haha
4) Mira Edora
Nie blog kakmira.. aku sayang dia.. *tetba* kehkeh.. dia nie sangat peramah.. ada iras iras pelakon Eira Syazira.. entry dia selalunya cakap tetang random je.. tu yang buat aku suka.. kadang kadang dia tulis tentang life dia, kadang kadang dia bagi tips tips.. entry dia buat adiela selalu nak baca lagi.. nak kata entry dia pendek, xde la pendek sangat.. senang kata boleh buat ketagih lah.. wawawa..
Kenapa aku suka blog nie? Sebab blog nie lain dari blog lain.. blog nie blog yang ala ala cerpen lah kot.. aku kenal owner dia pon kat fb je.. tapi dia peramah.. cerita cerita dia kat dalam blog nie memang mendapat sambutan hangat.. tak caye, boleh g tengok fb dia, siap buat 2 fb lagi and kawan dalam fb tu pon full dah.. agak agak sehari visitor masuk blog dia berapa eh?? Hari hari ada je yang tanya bila dia nak update sambungan cerita dia.. satu entry dia pun bukan main ramai lagi yang like.. terbukti best!
Tajuk blog cakap ini bukan blog tapi itu semestinya blog.. wahaha.. blog nie pulak aku suka baca sebab gaya penulisan dia.. idea penulisan dia pun selalu lain dari yang lain je.. ntah ape yang dia dok bising bising, tapi aku tetap suka baca.. haha.. dia kalau sound orang, memang direct.. penapis rosak kot.. haha.. tapi kadang kadang dia banyak bagi tips jugak.. entry entry dia memang selalu akan menarik minat aku untuk membaca sampai habis..
Okeyh.. cukup 6 blog baru yang best aku nak kongsi dengan korang.. hehe.. bagi aku diorang nie masing masing ada keunikan tersendiri.. bagi aku, keunikan dan keaslian cara penulisan tu memang penting.. supaya orang sekali baca, mesti nak lagi and lagi.. hehe.. korang pergilah terjah diorang okeyh..
Tata~