Masa adiela banyak buat background shoutbox free.. and header.. banyak kawan-kawan mula tanya and minta adiela buat tutorial.. walaupon adiela nie tak reti sangat, stakat discover bebenda nie sendiri je.. namun adiela tabahkan jiwa jugak buat tutorial.. haha.. skema..
Sekarang dalam proses menuju ke arah background and header atau banner ke.. pape je la.. ikot kekretifan korang.. aduh,perogol bahasa betolla..
Hari tu adiela da aja yang paling basic iaitu cara potong gambar.. kalau terlepas, boleh klik SINI..
Sekarang adiela nak aja buat tulisan 3D guna Xara 3D pulak.. kalau xnak guna tulisan 3D, boleh abaikan tutorial ini..
Step 1:
Korang kene la ada software Xara 3D nie dulu okey.. kalau xde.. boleh minta kat asim, kawan baek adiela SINI.. (lepas download,format file tu adlah ZIP.. so kene la extract dulu file tu okey.. lepas extract, folder tu dah boleh buka.. then,boleh la install..)
Step 2:
Okey.. dah korang buka Xara 3D tu.. korang akan jumpa benda nie..
Step3:
Klik yang ‘X’ kat tepi kiri nie okey kalau korang tak nak dy ade yang bulat bulat tu.. erkk, bujur la.. pape je la.. janji ko paham.. haha
Step 4:
Klik “BACK SPACE” untuk buang tulisan asal dan taip la huruf yang korang nak okey.. taip semua sekaligus pon boleh, tapi adiela prefer taip satu satu la..
Step 5:
Klik saiz font kat atas nie pulak kalau korang nak ubah saiz dy.. sebab saiz asal dy memang auto “fit to width”..
Step 6:
Klik “Aa” pada sebelah kiri nie.. ini untuk tuka sambil preview font korang.. dah puas hati, pilih OK..
korang kalau nak tuka warna font tu, double klik kat font tu ok.. kalau nak tambah ketebalan dy pulak, tarik tarik je bucu/sisi font tu.. Korang akan dapat yang camnie..
Step 7:
Klik symbol mentol/lampu kat atas nie.. ini untuk korang ubah ubah pengcahayaan dy.. ada empat anak panah.. cahaya depan, cahaya sisi, cahaya belakang.. dan yang anak panah hitamputih itu untuk bayang-bayang text.. untuk ubah posisi anak panah, tarik tarik je.. untuk ubah warna cahaya pulak, korang double click je kat anak panah tu okey..
Step 8:
Klik pada bahagian "BEVEL OPTIONS" kat sebelah kanan nie pulak.. ini untuk korang pilih bentuk 3D dy and kedalaman bentuk.. nak yang lain lain, boleh usha usha sendiri ye..
Step 9:
Kalau korang dah puas hati, mesti korang nak save da kan.. ok, korang klik pada bahagian “FILE” kat bahagian atas tu dan pilih “EXPORT”..
Step 10:
Ok, ini bahagian paling penting kot.. pilih macam adiela buat nie k.. width dan height tu korang boleh tuka.. tapi yang lain, ikut je la macam dalam gambar nie keyh.. Pilih format “PNG” ye..
-
-
-
-
-
-
Hasil
Owkeyh beybeh.. sampai cnie je la tutorial tulisan 3D kita ek.. lepas nie sambungan masukkan tulisan 3D nie dalam adobe photoshop pulak.. k,tata..
Makseh baca..suka? like okeyh and komen la :)