Apa sebenarnya masalah remaja masa kini agaknya? Cinta? Kawan? Keluarga? Pembelajaran?
Ntahlah..banyak lagi sebab yang juga mungkin menjadi penyebab..betol tak? Ini reality dunia kita..
Pada tanggapan saya lah, semua yang di atas adalah benar ..menjadi element penting dlm isu ini..ini kerana saya juga tergolong dalam golongan remaja..saya bukanlah orang berlatar belakangkan psikologi..jadi tidak mungkin saya dapat bercakap lebih..
Masalah seperti ini yang kadang-kadang dianggap remeh oleh banyak orang, tetapi tidakkah kita berfikir bahawa ia mungkin adalah isu besar bagi sebilangan orang??
Sebagai contoh, murid yang memiliki masalah dengan teman..selalu dibuli kawan-kawan disekolah..ini boleh menimbulkan rasa rendah diri dan kecewa dengan kehidupan pada murid tersebut..
Ada juga kes tertekan dikalangan pelajar kerana terdapat banyak saingan di tempat belajar..hingga tidak terkawal diri dari membuat kerja bodoh..(maaf,bahasa agak kasar disini)
Atau juga masalah cinta?? Hingga sanggup membunuh orang lain…sanggup juga membunuh diri...tidak sayangkah mereka akan diri? Bahkan pada minggu lepas saja, di Kuching, ada pula seorang budak terjun membunuh diri dari jambatan gantung..pada 13 feb..sehari sebelum “valentine day” kononnya…semuanya akibat cinta..gila benar~
Jadi haruskah isu sebegini di biarkan..para ibu bapa yang anak nya masih remaja..perhatikan lah anak-anak masing-masing..kerana di antara mereka yang mungkin dari luarannya ok-ok saja, namun mungkin sebenarnya memendamkan sesuatu..tidak usahlah terus mengongkong..tapi cukup sekadar menjadi pendamping mereka..begitu juga peranan kawan juga adalah sangat penting..yang mempunyai kawan, perhatikan kawan..kerana tidak semua orang bersikap terbuka mahu menceritakan masalah mereka..
p/s: entri kali ini aku menggunakan kata ganti diri ‘saya’..biar agak sopan sedikit. gaya penulisan juga agak formal..haha
tata..adios! lerb yu! ♥
tata..adios! lerb yu! ♥
2 Comments:
wasehhhhh.....remaja bermasalah eh.....hahaha
faris..
ahaha..aok..tgolong lam golongan ya x? haha..tgolong padah,pat i membantu..chewah..ahaha
Post a Comment