Sengal aku..hairan pun ada..haish!
Petang tadi..masa aku di food court..aku telah menyaksikan satu adegan yang kurang enak dimata aku..bukan kurang enak, menyakitkan mata..haa..aku ternampak seorang budak kecik yang merengek memberitahu ibunya bahawa air dalam tin coca cola nya dah abes..si ibu nie plak dengan tanpa rasa sbesalah,tanpa beban pon..boleh jer cakap “buang jer di lantai”..aku coba tuk memberikan isyarat badan bahawa aku kurang selesa dengan kelakuan itu..tapi..hampeh..si ibu buat tak tau jer..hurm..alamatnya aku la yang terpaksa kutip dan buang di dalam tong sampah..
So entry aku kali nie aku nak cakap pasal tabiat membuang sampah..disebabkan tema entry kali nie tentang ala-ala go green..aku wat warna hijau la..ekeke
Hairan aku dengan sikap segelintir masyarakat macam ni tau..bukannya tak tahu..kan dah dari kecik lagi kita di ajar membuang sampah di tempat yang betul..alahai..sampai bila la agaknya orang kita ni nak mengubah mind set untuk lebih jaga kebersihan..takkan lah sedikit pengorbanan itu pon tak sanggup kot.. membuang sampah juga adalah satu etika..Sampah,tempatnya adalah tong sampah..paham??
Hairan gak aku,kat tempat aku belajar pon terjadi hal camtu..walaupon didalam golongan orang yang berpendidikan..sampah di dalam longkang..di tepi jalan..dicelah-celah meja..nak list satu-satu pon tak larat da..
Tong sampah penoh?
Tak jumpa tong sampah?
Janganlah beri banyak alasan wahai kawan..
Pertama, kalau sampah kecil, simpan dulu dalam kocek atau beg..bila da jumpa tong sampah, baru buang..jgn sesedap hati pegi selit kat mana-mana..ingat!
Kedua, kalau sampah tu besar..tak salah kita pegang dulu sampah tu..sampailah jumpa tong sampah..
Ketiga, yang nak buang sampah rumah tu, buang la elok-elok..ikat kemas-kemas supaya tak terkeluar isinya atau diselongkar kucing atau anjing..
Ingatlah wahai kawan, buang sampah dengan cara yang betul adalah sekecil-kecil sumbangan kita terhadap alam sekitar..sayangilah bumi kita!
Adila nak sertakan video yang matluthfi90 buat..video dia semua bez2..cekitdout! hehe
Adila nak sertakan video yang matluthfi90 buat..video dia semua bez2..cekitdout! hehe
Okla..tu je la yang nak aku 'kerepak' dalam entry nih..ingat, Adila sayang kamoo! ♥
2 Comments:
sampah masyarakat, camne nak buang???hahaha
faris..
haha..ndak la kmk tauk juak mun gya..org gya plu ubah cara pmikirannya..
Post a Comment