Tadi kan adiela terbaca 2,3 entry pasal putus cinta.. ape nie? ape nie? Rosakla mood girang gemilang kanak kanak riang adiela tau.. haha..
“Hak aloh, kau pon menonggeng gak kalau brada dalam keadaan tu..” mesti korang akan cakap camtu kat adiela kan? Haha.. adui~
Adiela prasan ada beberapa benda yang orang baru putus cinta akan buat or hadapi.. atleast berkemungkinan besa akan buatla.. sebagai contoh:
1. Hilang selera makan.. tido xlena.. mandi pon malas?? Ada betol? Lagi tepat, akan timbul satu perasaan kat hati “nak baring je sehari suntuk kat atas katil, xnak buat apa2 kerja pon hari nie”
2. Mula cari aktiviti tak kira indoor atau outdoor.. semangat nak kumpul kawan kawan lepak kedai mamak akan membuak buak.. kecoh cari kawan nak buat buli dengar luahan hati..
(cilok dari pakcik google..)
3. Elak lagu jiwang atau cerita sedih.. dengar perangkap lirik awal je terus nangis xhenti henti.. ikut hati nak je sepanjang masa tengok kartun.. dengan harapan boleh gelak xhengat dunia..
4. Merekrut kawan kenalan disekeliling atau dalam laman sesawang untuk menyokong menyebelahi kita.. bkemungkinan besar akan terjadi sesi meluah perasaan.. status pesbuk pon aktif hapdet..
5. Mula cari kesalahan pasangan.. cari kelemahan.. mungkin ada timbul persoalan “kenapalah aku boleh suka dia? Dia xdelah hot setap pon.. bajet hot je adalah..”
6. Bagi yang maseh mengharap.. masa nie la banyak berjanji meyakinkan.. menagih simpati.. “lepas nie I janji xkan jadi kaki kontrol dah..” “lepas nie I akan setia dengan u sorang je..”
7. Koyak, rabak, bakar, kunyah barang barang kenangan korang.. haha.. “mula mula dapat coklat, sayang je nak makan.. esok break, terus telan tanpa kunyah satu kotak coklat tu dengan cepat, biar tercekik pon xpe, janji hati puas!”
Okey.. dah.. entry merapu.. persoalan nya disini.. pernahkah anda berbuat sedemikian rupa? Chewah.. haha.. okbai!