Marhaban ya Ramadhan! dan Salam Ramadhan Al-Mubarak semua!
So amacam puasa? Bez x? ok lagi? Maseh
tahan nafsu? Wiieee.. bagusla~ :D
Adiela xnakla type panjang2.. jimat
tenaga menaip, kan puasa.. ahaha.. banyakla jimat kan.. stakat menaip, apa de
hal.. ecey.. yela, sesiapa yang melantak lebeh or makan banyak buah kurma sahur
pagi tadi slamber la cakap camtu.. hewhew..
Nak share cket la..
Antara amalan-amalan di bulan
Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
o Lebihkan amalan
solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih,
Tahajjud dan Witir.
o Tidak meringankan
amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
o Membiasakan solat
Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
o Memperbanyakan
bacaan bertadarus Al-Quran dan azam untuk khatam Al_Quran.
o Memperbanyakan iktikaf
di Masjid atau surau.
o Basahkan lidah
dengan zikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
o Menambah ilmu
dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
o Mengurangkan
hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
o Banyakan sedekah. Banyakan memberi
makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
o Melipat gandakan
amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
o Berjimat berbuka
puasa dan persediaan lebaran.
o Dan jangan terlupa
zakat fitrah.
Adiela seisi keluarga nak minta maaf kalau-kalau ada
tersalah kata, tulisan yang merobek mengguris hati, janji yang terlupa,
terprasangka buruk, terpukul, terkeji.. amboi.. haha.. apa apa jela salah..
semoga bulan ramadhan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah,
amal kita diterima dan doa kita diijabah..
Sebelum
berlalunya ramadhan meninggalkan kita, rebutlah peluang yang ada untuk beribah
kepada Allah swt.. Anggaplah ramdhan ini ramadhan terakhir kita~ :D