Thursday, June 28, 2012

Lepas hati memandang lautmu

Kat entry lepas adiela ada crita tentang program Tawhidic Paragdims kat Pulau Tioman kan.. entry nie plak crita tentang pengalaman adiela masa tu :D


Pulau pertama yg kitorang pergi, Pulau Malang kalau xsilap.. kitorang blaja macam mana teknik snorkeling.. bila dah mcm mahir cket, kitorang kene snorkeling sendiri balik ke bot.. bot pulak jauh di tengah laut.. masa nie tipu kalau cakap langsung xcuak.. siyez takut, dahla sendiri2.. air pulak makin jaoh makin dalam.. dasar laut dah xnampak apa2 pon.. hijau je sbb tlalu dalam..

Arus ombak xyah nak cite la.. pergh! Kayoh macam xde effect dah.. boleh asthma tau sebab letih.. adiela sendiri pon sempat rasa nak berputus asa kayuh.. tapi kuatkan semangat je masa tu sebab takut kene tinggal orang depan.. adiela masa tu memang brenang berpandukan sisa2 buih kaki orang depan je.. 

Lepas tu kitorang pergi pulau ke2.. apa ntah nama pulau tu.. lupa dah.. kat pulau tu adiela dah boleh snorkeling ke tengah laut dengan riang gembira.. haha.. dah tak takut dah masa tu.. jadi duyung tengah laut atas pulau buatan manusia.. ahaha..


Pulau terakhir, Pulau Renggis, pulau one of the best kata uncle yang bawak kitorang tu.. :D

Rasanya kat pulau nie la adiela paling terpegun skali.. masa mula menyelam.. Subhanaallah.. cantiknya ciptaan Allah.. siyez cantik dasar laut.. penuh coral.. mula2 agak menakutkan bila tengok semua batu karang kat dasar laut macam duri je.. tapi cantik giler dengan macam2 bentuk and warna coral.. lagi2 bila tengok macam2 jenis ikan ada.. warna2 dia memang WOW lah!


Teringat gak pengalaman bagi ikan laut makan roti.. ahaha.. jari pon dia rembat gak geget.. paling geli bila adiela tahan crackers kat mulut, then selam, terus kene serbu ikan, diaorang langar2 goggles, bibir pon habes kene geget ikan.. kuang2.. syok! Haha.. :D

Banyak ikan yang adiela xtau nama, yang adiela tau ada banyak landak laut.. comel! hitam berduri panjang, ada mata puteh and bermulut muncung.. geram giler tengok.. pastu ada tengok ikan pari blue spotted.. mula2 xprasan tapi bila uncle tu pergi dekat dy, dia terus keluar dari pasir.. waaa~ then adiela tengok tapak sulaiman tengah makan coral.. usha nemo pon bez.. haha.. dia main sorok2 dari clown dia.. 


Last skali yang paling gerun.. uncle bawak adiela tengok ikan yu.. mula2 seram gak.. tapi memang pengalaman bez dapat tengok sendiri makhluk Allah dalam laut..

Yang paling terkesan di hati bila dapat rasa ketenangan suasana laut.. ustaz cakap nie disebabkan kehidupan dalam laut tu sendiri.. makhluk Allah dalam laut semua sentiasa berzikir.. tenang~ kita juz dapat dengar bunyi degupan jantung kita and bunyi nafas kita je.. and masa nie lah adiela memang dapat rasa diri nie sangat picisan dimata Allah..

Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian

Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu

-Tafakkur - Opick-








Makseh baca..suka? like okeyh and komen la :)

12 Comments:

onie said...

snorkeling paling best kan awak :D

merahitujambu said...

x pernah merasa snorkling ni..uhuk..cantik ciptaanya

Cik Cempaka said...

yup...penah snorkeling kat sana..memang amazing lah..air jernih

Yousof said...

Subhanllah.. Bertuah Adiela dapat tengok dengan mata sendiri.. Usop belum ada peluang lagi nak snorkeling..

Seronok habislah kalau dapat pergi..

siti kektus said...

berenang pon tak reti. apatah lagi nak bersnorkeling. =_=

~~zana@pb~~ said...

Kakzana takut laut, mcmna nak menyelami dunia mereka dibawah sana. Tengok batu karang pun dah menggigil.

Alynn Nyzaa said...

snorkelling? xprnh pn try..huhu~
sy BW cni ^^
boleh x mntk jasa baik undi header saya "ALYNN"? cara2 kat sini >> http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/06/segmen-dari-jiakreatifelt-header-dulu_27.html

plus, jom join GA best ni http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/06/giveaway.html

happy blogging! :D

Telor Power said...

tioman stay dimana masa tu....owh ia adalah pulau pertama aku jejaki

Telor Power said...

salam kenal2 ye sis....thank you kerana dtg jengah ke blog yg tak seberapa tu huhuhuhu

wardah syuhada' said...

saat menikmati keindahan alam tu memang kenangan yang indah jika dikenang..^^

Hanie Dew said...

teringin nak snorkeling tp xreti berenang.bole ke.jeles kat org pegi snorkeling jumpa ikan dlm laut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...