Wednesday, January 25, 2012

Laporan Chinese New Year

Entry nie spatutnya publish smalam.. haha.. tapi disebabkan ada masalah teknikal.. xdapat nak up smalam.. banyakla ko punya masalah teknikal bagai.. ok2, adiela ngaku smalam adiela leteh sangat nak ngadap pc.. hokhok

Baca tajuk pon korang mesti dah boleh agak kan apa isi entry nie.. masa hari pertama Chinese New Year adiela pergi rumah personal coach bowling adiela.. yang slama nie adiela kenali dengan panggilan uncle sahaja.. bermakna adiela memang xtau la latar blakang si uncle nie kan.. yang adiela tau, setiap kali uncle ajar adiela main, uncle nie sangat xlokek ilmu mahupun wang ringgit.. pergh.. ayat.. haha..

Then 2hari sebelum CNY, uncle ada ajak adiela datang rumah dia masa CNY.. disebabkan tahun lepas punya CNY adiela xdapat pergi, rasa mcm xbez la kan, dia da bagi ilmu free kat adiela.. aieh.. jangan fikir bukan2 tau, ilmu bowling la.. atleast adiela datang la rumah dia bila dah dijemput kan.. so taon nie adiela nekad, kene jugak pergi.. haritu adiela angkut la seret 3orang kawan teman pergi berziarah..

And guess what..??

Sampai sampai je alamat yang uncle bagi, rupa rupanya rumah uncle tu adalah rumah Datuk Amar Wee Hood Teck.. waiseh.. agak terkejut jugak la segala limpa adiela masa sampai depan gerbang gate rumah dia.. drama betol~


Okeh, gamba sedas nie je la yang adiela dapat tempek kat cnie ey.. nak letak banyak2 xbrani.. rumah datuk tuuuu.. xboleh.. xboleh.. >.<

Macam xcaye.. dulu masa kecik kecik, slalu lalu je kawasan tepi rumah nie.. dengan kemegahan pagar rumah, boleh la intai ckit2 kolam renang dia.. kehkeh.. mula la brangan bmandi manda kat situ.. 


Dulu masa adiela kerja part time kat 7e pon siyez suka kerja masa CNY.. 7e dekat dengan rumah datuk tu.. petang dah standby 2 kreta bomba kat rumah tu sebab malam nak launch bunga api bapak banyak.. haha


Balik je dari rumah datuk, kitorang singgah makan isi tank dulu.. nyummy.. sempat tangkap gamba grilled steak skali je, pastu xtahan, terus ngap~

ok.. sekian laporan CNY adiela..


Makseh baca..suka? like okeyh and komen la :)

Friday, January 13, 2012

Saya mahu kamoo!

Haha.. tajok boleh menimbolkan kontroversi betol!


Eyh korang.. nak main satu game tak?

Main game I curi hati u.. u curi hati i.. xbezla kalau u sorang je boleh curi hati i..

Adiela tengah mengalami simptom simptom jatoh hati la korang.. jatoh hati kat bret pit.. semalam kan.. semalam kan.. dia masok dalam mimpi adiela kata datang nak meminang sebab dia da lama minat adiela tapi adiela je yang jual mahal.. 

Yela, nanti kalau adiela terima, mana nak simpan encik nazim adiela kan.. *melting.. oh my* haha ok fine.terperasan..


Tapi kesah jatoh hati nie betol betol tau.. tapi bukan kat mana mana mamat la.. bukan mamat omputeh, mahupun mamat korea..

Adiela jatoh hati kat gamba kucing yang comel nak mati.. and teros rasa nak colek je mana mana kucing, sorok dalam bilik.. sebab tak nak bagi mumy tau.. haha..

Wahai encik boypreng2 sekalian alam.. saya nak kucing yang ada bulu lebat macam nie.. *blagak banyak boypreng*


Oh.. and.. and tolonglah anda anda sekalian pujuk mummy adiela biar dia kasi simpan satu kat rumah boleh? Puhlisss~ *sambil buat mata ala ala puss in boots*

Actually adiela takde idea nak hapdet.. siyez takde idea.. sejam.. 2jam tenung screen dengan niat suci murni nak hapdet blog.. tapi macam maseh tak nampak sinar cahaya hidayah idea tu nak sampai.. duhh~

Bukak tumblr.. terpampang gamba si comel yang aw aw nie.. teros meroyan gigit gigit bantal.. geram nak sekor.. huuuuu~

Eyh.. lagi lama tenong gamba si dia lagi parah gundah gulana jiwa ingin memiliki.. haha.. tu dia.. ayat xboleh blah.. haha.. jap.. gamba si dia yang mana satu? Yang tengah entri atau yang atas itu kah?? haha

ok.bai.



Makseh baca..suka? like okeyh and komen la :)

Thursday, January 5, 2012

Senang Dapat,Senang Lepas

Semalam ada sorang kawan nie bagitau kat adiela, orang bercinta “Senang dapat, senang lepas” eyh.. yeke? Bagi korang, benda nie memang boleh masuk akal??

Cefikir betul betul.. bagi adiela la kan.. quote tu macam xboleh pakai je.. maybe la, ye maybe kalau tengok secara logik, benda tu memang wujud.. tapi korang rasa, benda macam tu boleh jadi pengukur cinta sejati ke?? -.-'

Hey, seriously korang, kalau la seseorang tu betul betul ikhlas dengan kita, xkesah kot brapa lama dia tunggu or brapa cepat seseorang tu terima, insyaallah boleh kekal.. kan? tak ke? Maseh berpegang dengan quote “senang dapat, senang lepas”??


Deyy.. bagi adiela orang yang masih mengamalkan or percaya tentang hal tu memang  xberfikiran matang.. keanak anakan.. kalau difikirkan la kan, perasan tak yang sebenarnya quote nie lebeh kepada EGO je.. 

Xkanlah hanya sebab lama ngorat seseorang tu, then bermaksud  kita akan lagi sayang dengan dia.. dan xkan lah disebabkan senang je dapat pikat seseorang, then sure cepat bosan.. pehh..  jadi adakah hal ini pon boleh  menyebabkan isu jual mahal??

Selalunya, girls, memang suka jual mahal.. suka play hard to get.. padahal nak tapi malu.. hekeleh.. kalau dah suka, tak payah la biar dia tunggu sampai bertahun tahun.. nanti dia muak, you pulak nak menyesalkan.. siapa suruh you jual mahal sangat.. padan muka~

Eyh.. ye.. adiela pon tau mesti mesti ada pendapat korang jugak yang akan sokong quote tu kan.. especially boys.. haha..

Adiela bet la mesti ada yang akan cakap “korang ingat boys tak bosan ke dengan girls yang senang nak dapat? lelaki bagi ayat manis ckit, diorang terus merayu.. awek yang mudah cair nie xde thrill la..


Okay.. adiela faham.. kebanyakan suka yang ada cabaran memikat.. tapi kalau kes macam nie pulak??

Situasinya, ada seorang boy nie, masa belum dapat, perh~ mengorat kaw-kaw girl tu.. girl tu pulak jual mahal.. konon  macam best gila lah main tarik tali.. biar boy tu tahu bukan senang nak dapat dia.. sanggup lelaki tu ngorat bertahun tahun.. last last bila dah dapat, girl kena tinggal macam tu je..

See.. sama jugak kan.. so macam tak boleh rely sangat la dengan quote tu.. boleh memang la boleh dijadikan salah satu langkah berjaga jaga.. haha.. maksud adiela.. well, siapa yang suka jenis yang jual murah.. desperate..

Actually tentang sejaoh mana keberkesanan sesebuah hubungan, tak bergantung kepada quote tu la kan.. xde makna nye kalau cepat je korang setuju kapel, trus bermakna orang tu akan senang buang korang.. kalau seseorang tu betul betul ikhlas sayang, sure memang  sangat susah diorang nak lepaskan korang pergi.. chewah.. hehe

Entri yang agak panjang.. hehe.. sori ter'emo' kejap :D



Makseh baca..suka? like okeyh and komen la :)

Saturday, December 24, 2011

Spek Gaya Teropong

Spectacle a.k.a spek.. tau? Opcos korang tau apa itu spek..

Sejujonya dulu masa adiela dalam baya sekolah menengah, tingkatan 1, tingkatan 2.. adiela pernah gak terfikir nak buat buat rabun, pergi ngadu kat ayah, cakap nak pakai cermin mata konon nampak cool.. watehel?? Haha..

Tapi niat adiela nak pakai cermin mata masa sekolah hanya tinggal niat sahaja.. sebab mata elok lagi..

Cermin mata hitam..

Aksesori yang digemari ramai.. terutama orang lelaki la kot.. biar tampak bergaya dan maskulin serta hemsem.. kihkih.. ^^

Tapi itu kalau kene dengan tempat, mungkin kot niat nak melawa tu berjaya buat ramai terpikat.. tapi kalau kes yang main hentam je, tempat terang, gelap, siang, malam?? kot kalau panas atau silau tu adiela faham la.. tapi kalau dalam shopping mall pun sapu pakai spek hitam (bukan shades yang separa gelap) apa kes? Mungkin kene adjust lighting dalam bangunan tu la kot.. terang sangat.. 

Yang bajet cool pakai spek hitam malam hari pon hebat jugak.. agak nya camne diorang boleh nampak apa yang ada kat skeliling diorang? Silap2 ciom pokok.. niaya.. melawa punya hal..

Mungkin jugak diorang nie sebenarnya adalah artis.. yang cuba menyembunyikan identiti supaya xkena kejar dengan paparazzi?? Len kali kalau terjumpa, cepat cepat pergi minta autograph ye :P

Eyh.. eyh.. adiela pon kadang kadang pakai jugak.. tapi untuk driving masa panas terik je la.. sejak dapat lesen, adiela baru dapat tau yang mata kiri adiela ada silau yang agak parah.. kiranya tujuan adiela berspek hitam adalah untuk keselamatan ye kawan kawan.. tapi kalau jalan kaki, boleh lagi truskan tanpa spek hitam, boleh buat gaya teropong..


Tapi apa apa pon, semua tu hak masing masing la nak pakai spek hitam even dalam wayang pon.. u sibok, apa hal kan?? :D

P/s: Dulu masa zaman sekolah, minat budak lelaki yang pakai cermin mata.. maybe nampak lagi pandai dan matang.. haha.. adakah ciri ciri yang diminati tu kekal sampai sekarang?? Haha.. ntah~



Makseh baca..suka? like okeyh and komen la :)

Monday, December 19, 2011

Novel vs Pengalaman

Minggu nie macam slow je.. heh~

Takde aktiviti sangatla.. yang ada cuma kredit henfon yang keluar macam air.. eyh ohhh ohh adiela sempat habiskan buku contengan jalanan smalam.. cerita yang mengisahkan tentang kehidupan la secara kesimpulannya.. sangat bez..


Punya la susah nak cari buku nie mula mula.. dah dapat, terus baca xingat dunia, xsedar siang ke malam.. sampai lambat mandi pagi.. sedar sedar je dah tengahari.. terkantoi kat syahiroo, nasib baik la dia tegur.. kalau tak, mau xmandi sampai ke malam.. kuang3x.. itulah nama nya memanfaatkan hujung minggu sehabis baik kan.. ^^

Atually adiela xpenah baca novel cinta mlayu.. bukan nak kata xbez, cuma macam tak menarik minat adiela la.. macam member blogger sorang ni cakap “cerita lebeh kurang sama, watak lelaki mesti nak yang hensem, kaya, and nama lak nak yang unik2.. tengku la, putera and etc.. pompuan lak nak yang kaya2..” ahaha.. desh.. adiela pon tak tau nape dia emo smacam masa describe.. haha

Bagi adiela lak, adiela xdapat nak komen banyak2 sebab xpenah lagi btol2 baca novel cintun mlayu.. stakat baca synopsis je.. haha.. tapi dah boleh tau mesti asyik2 terkenang luka lama and yang swaktu dengan nya.. dah macam boleh predict la apa akan terjadi.. sama gak macam kbanyakan drama mlayu.. 

Tapi hey, adiela pminat no1 drama mlayu gak.. smenjak cuti nie, memang da menempek kat tv je la adiela nie.. menimba pengalaman.. chewah, banyakla kau punya pengalaman.. haha

Tapi nie sekadar pendapat adiela je la.. ada gak kawan kawan adiela yang sanggup berhabis beratus2 sebulan sebab ketagih baca novel melayu.. feeling makan dalam katanya.. haha..



Makseh baca..suka? like okeyh and komen la :)

Tuesday, December 13, 2011

Kisah aku dan chopstick?

Yo yo watsup korang??

Ini kisah 2 hari lepas.. pergi makan kat Grand Margherita Hotel.. makan malam.. sambut birthday uncle and kazen skali..

Seronok gak la skali skala dapat berkumpul dengan ahli keluarga yang lain.. and skali skala dapat makan kat chinese restaurant kat hotel kan.. Meisan kot kalau xsilap nama restaurant tu..

Xsempat nak ambil banyak banyak gambar.. sebab sibuk padat makanan dalam mulut.. kehkeh..

(adiela duduk dengan kazen and anak2 buah.. ingat lagi aman and acit? :D)

And agak terkekok masa guna chopstick.. weh weh, jangan ketawakan adiela.. dah lama tak pakai chopstick.. teringat masa zaman skolah menengah dulu.. disebabkan sekolah tu sekolah yang dipenuhi oleh pelajar pelajar cina, adiela yang awalnya jakun, terpaksa jugak terkial kial belajar pakai chopstick.. sebab kalau nak tunggu ada sudu baru makan, memang xmakan la.. kesian tak? Jadi lain kali, boleh tak korang tolong suapkan je?? Haha..

(meja yang penuh.. baru first round)

Makan malam dihiburkan telatah kanak kanak comel~
Hai Aimar Ishaque..


(Bersama roti john yang xboleh dipisahkan :D)

Nota Kaki: Lama dah xhapdet.. akhey akhey nie kemalasan macam semakin menular.. aiseh~



Makseh baca..suka? like okeyh and komen la :)

Monday, December 5, 2011

RAWR! ^^

Ini DOMO..

(Domo da ready nak sambut Christmas)

Haha.. sure korang tau ini domo..

Ramai yang minat domo.. pantang tengok barangan domo.. harus pulun semuanya..
Korang tau ini domo.. tapi korang kenal siapakah diri sebenar domo? Haha..

Meh sini.. adiela nak cerita cket fakta tentang domo..

Fakta 1:
Domo tinggal didalam gua bawah tanah bersama Mr.Usaji..
Adiela syak tabiat suka menonton tv dipengaruhi oleh Mr.Usaji nie jugak.. maybe suka sinetron Indonesia??

Fakta 2:
Mulut domo xboleh tutup.. cakap pasal mulut domo, ketahuilah bahawa domo tak boleh bercakap selain mengeluarkan bunyi ganaz RAWR.. tapi setahu adiela hati domo tetap jambu.. ngehngeh..

Fakta 3:
Tabiat domo suka kentut kalau gelisah or susah ati.. kenapa? Itu adiela pon tak tau.. tolong tanyakan sendiri pada domo kalau korang terjumpa menatang nie.. maybe sebab mulut dia sentiasa ternganga kot.. banyak angin..

Mula mula tengok menatang domo nie adiela ingatkan dia tergolong dalam spesis dinosaur.. ke memang dia nie dinosaur? Haha.. adiela pon tak sure sejaoh mana sesahihan fakta2 nie..

Lain fakta? Korang tengokla video nie.. terungkai semua misteri~


Fakta satu lagi yang xde kene mengena dengan fakta domo.. dalam entry nie adiela da 20kali sebut domo..


Nota Kaki: Aritu adiela jumpa beg backpack domo.. nanti kalau adiela dapat sambung blaja, adiela nak bawak beg sandang domo pegi kelas boleh? :P




Makseh baca..suka? like okeyh and komen la :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...